Followers

Thursday, May 28, 2009

out to IGUAZU bebeh...ciow

well, unofficial result dh keluar...but damn, its below mt target! again!! syttt. but at the same time im shocked...a perfect score for Dr.Stephen, hahaha. mcm mimpi seh aku rasa. camne la that crazy walking skeleton terbukak hati kasi aku perfect score ek? seingat aku xde plak jampi serapah yg aku tiup2 kat dia (><)

with 3A+, 1A, 1A- & 1B+ aku rasa cam blom cukup puas. pelik bin ajaib, paper susah tahap dewa aku dpt perfect score, sedangkan paper semudah NP aku hanya dpt B+? aiyoooo...something might be wrong somewhere [sorry alem aku pinjam ayat ko sat - jgn saman ea]

tp, keluarnya result x rasmi yg dipamerkan kat walkway ni, lega jugaklah...at least summer ni aku xde la mencungap kejar credit. hahaa. blh la aku bersuka ria kat iguazu, cuci2 mata yg dh lama berabuk ni. tenkiu Dr.Aiden sb ajak aku join xpdc ni. at least sampai gak aku ke benua amerika selatan yg sedang femes ngan wabak selesema babi tu...kahkahkah

tp, apa yg agak membuat aku sedikit emo...prof.Alice leh plak minta jasa baik aku [yg sbnrnya x brape nk baik ni] tlg usha module summer course dia untuk bebudak ANP. nasib ko la, aku simpan dlu module ni dlm laci keramat. balik dr xpdc baru aku bukak. skrg ni aku nk fikir betapa seronoknya nk pegi iguazu. dhla xyah wat keje beb, jadik assistant Dr.Aiden plak tu. hahaha. best bangat deh (><) bak kata adit si budak makasar "kamu di sana pasti seronok yah, aku lagi jeles ni sich...mau sich jadik kayak kamu ngikutin sama" hehehe.... [psttt, bahasa indo aku x makin improve dh. leh la aku ngaku jadik mamat indo lps ni...hahahaa]

apapun esok pagi2 aku nk submit form recheck utk NP. so lps ni aku dh relax, enjoy xpdc je. then abes xpdc tumpu kat lab je. siapkan keje lab yg dh bertimbun. mesti aku rindu kat abu [tikus lab aku] yg suka masuk dlm poket aku makan kauci. abu je yg sampai skrg aku x potong2 cam minah, gayah, mahmud dan ntah hape2 lg nama yg aku kasi kat tikus lab aku...hahaha.


adios beb
aku ciow dlu ke iguazu
tinggalkan je la pape msg korang kat sini. dh online smula nt aku bls kay


Wednesday, May 27, 2009

durian....oh durian!!




sesaje nak share ngan korang pixs durian ni...skrg kan musim durian. hehehe. mahal woi aku beli durian ni.... 20 korang tau tak?? hahaha. nak makan punya pasal, belasah ajela walaupun mahal yg amat. durian D24 ni, tp sejuk beku punya la. at least lepas gak la gian aku nk mkn durian tahun ni. memang sampai licin aku balun!!

so ade sesape berminat nk jd pengeksport durian ke dublin??? hahahaha
(><)

Tuesday, May 26, 2009

sepi itu indah


adakalanya kesepian itu cukup indah. meluangkan masa untuk bersendirian kadang kala mampu untuk menenangkan perasaan yang berkecamuk, jauh dari gangguan yang selalu saja menyesakkan. sepi itu bisa saja menguatkan semangat yang mungkin telah mula berkurangan, atau kekuatan yang telah lama menghilang. sepi itu amat indah bilamana seluruh alam seolah terangkum menjadi satu, lantas bersama menemani diri menyelusuri ruang lingkup waktu.

hayatilah saat-saat sepi itu dengan penuh keasyikan, kerana bersamanya hadir sejuta satu macam keindahan. dalam sepi, kita akan makin dekat dengan Tuhan. merataplah, menangislah...bersedihlah, mengadu saja dengan Tuhan apa saja masalah yang membeban, kerna Tuhan itu maha mendengar dan maha mengasihani hamba-hambaNya. seiring sepi itulah kita bisa saja untuk menjadi kuat, bangkit dari luka-luka silam dan kembali mengorak langkah untuk meneruskan sisa-sisa hidup untuk masa depan.

hadapilah sepi kerana anda tidak tahu apa yang ikut hadir bersamanya dan anda tidak akan pernah tahu, selagi anda takut untuk berdepan dengannya. sepi telah membuat aku jadi lebih kuat dan tabah.

dan, andainya dalam sepi itu kamu menangis, maka menangislah semahu kamu, luahkan segala yang terpendam jauh dalam lubuk hati kamu. menangislah, menangislah sehingga kamu rasa kamu perlu berhenti. anggap saja tangisan itu sebagai satu cara untuk kamu kembali menjadi kuat. anggap saja setiap titis airmata yang mengalir itu sebagai pembakar semangat untuk kamu menjadi lebih baik dari kamu yang sebelumnya.

sepi|dublin

Monday, May 25, 2009

ada apa dengan cinta?

bercakap soal cinta, orang begitu mudah untuk menghukum dengan pelbagai andaian. kerap kali juga andaian itu terlalu memeritkan hati. namum, bibir hanya mampu mengukir senyum walau dalam penuh kepayahan. biarlah...biarlah...khalayak hanya pandai berbicara persis sang hakim yang hebat mengemudi bicara. biarkan mereka hanyut dalam bicara yang mereka sendiri cipta. seolah merekah lah yang berkuasa dan mengetahui segala-galanya tentang cinta. mereka lah sang pakar, lalu dirinya dikira layak untuk bercakap soal cinta, walaupun cinta itu bukanlah cinta mereka. pandangan dan perasaan orang lain jarang diambil kira. apa yang penting mereka rasa puas bila berbicara mengenainya (aku cukup benci dengan manusia jenis ini, walaupun tidak pernah meluahkannya secara nyata).

akan tiba masanya mereka semua mengerti, yang cinta itu bukan segala-galanya. mungkin hari ini diri mereka masih penuh dengan rasa cinta. tunggu saja hari esok, bila sang cinta itu tiba-tiba direntap dengan kejam dan tidak lagi menjadi milik mereka. mungkin bila tiba saat itu, mereka akan sedar....cinta itu mampu saja membinasa. menangislah...menangislah....menangislah. dan jika nasib kamu baik, sang cinta akan kembali menjengah kamu lantas mengubati luka-luka hati. tapi jika ia masih terus pergi lebih jauh dari kamu, saat itulah kamu akan faham, CINTA ITU TIDAK SELALUNYA INDAH.

ada apa dengan cinta?
kamu sendirilah yang menentukannya, cinta jenis apakah yang kamu cari dalam hidup ini. ingat, mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum ini, agar kita belajar dari setiap kesilapan yang berlaku. dan mungkin esok atau lusa, kita akan dipertemukan pula oleh insan yang akan menyayangi kita dengan setulus hatinya.

hargailah cinta yang kamu pernah ada. walaupun kesudahannya terlalu pahit untuk dikenang, tapi sekurang-kurangkan kamu diberi kesempatan untuk merasai hebatnya cinta bersama orang yang kamu sayang. simpanlah cebisan-cebisan kenangan itu erat bersama kamu, kerana kenangan cinta kedua...ketiga..dan seterusnya tidak akan menjadi lebih hebat dari cinta yang pertama. doakanlah si dia, agar dirinya berbahagia bersama kekasih barunya....

sekian
dari aku yang sedang mencari cinta
(><)

makan...makan...

tido aku terganggu dgn bunyi yg pelik dan aneh. bunyi itu bertingkah-tingkah, memenuhi suasana sunyi awal pagi. aku bangun, duduk di birai katil. ku amati bunyi itu, ya...bunyi semakin jelas, dan sangat dekat!! owh, rupanya bunyi perut aku yg berkreuk kreuk mintak makan rupanya....ngeeeee

aku capai jam, dh pukul 3.42am. apa aku nk melantak ni? dgn malasnya aku bangkit melangkah longlai ke dapur. dan...bila aku bukak lampu, terdengarlah jeritan nyaring ala2 nyah yg sedang dihambat skuad D4 yg hampir meluluhkan kalbuku. mati2 aku ingat mak lampir ke, hantu raya ke...rupa rupanya sean yg tgh melangut dlm gelap kat dapur? ape2 je la mamat ni, cam xde tempat lain nk melangut (cam nanges pun ada aku tgk....huh. putus cinta lg la tu...ngeee)

so, seisi memasak utk melantak di dinihari pun bermula. tepaksa la masak utk sean skali. nyum2..

ini je la yg aku mampu masak sambil menguap-nguap & layan sean luahkan perasaan dia sambil bersuara kepit...ceh

amacam? nampak best kan? wakakaka
itu korang blom rasa lg. kalau dh rasa...sure nk lagi. dah2, hampir 6am dh ni...nk membuta jap, sok kelas 8am.

ciow

Sunday, May 24, 2009

Ab$olute $unday

My "absolute" sunday, aku berjaya larikan diri dari kengkawan dan abeskan masa sensorang tanpa gangguan!! haha. sepanjang hari aku abeskan masa lepak kat phoenix park, jenjalan kat town sambil cuci2 mata...ngeeee

pepagi lagi aku dh kuar dari umah, sblm member2 aku blk dari jogs. aku hanya keluar dgn berseluar pendek dan bersinglet sambil ditemani sony mylo & ipod shuffle je, dua gadget yg dh jadik cam teman rapat aku. henset semua aku off and tinggalkan kat dlm gerobok kat umah. aku malas nk layan pape msg or calls....sorry pada sape2 yg tercarik-carik aku....hehee

really best spent time utk diri sendiri, jauh dr kekecohan kengkawan yg sebok bergosip, dan yg penting jauh dari bebelan pedrico yg pantang nampak aku ngadap lappy je dan xnak join diorg bergosip. xbleh blah, ngalahkan org pompuan bergosip.

sepanjang hari aku lepak kat park, tgk mamat2 dok main skate, ada yg tgh date ngan kapel masing2...tak kurang gak yg syok melukis. aku? hurm...hanya lepak2 sambil ber ym ngan member2 dari malaysia. mcm2 ragam org aku dpt tgk sepanjang hari aku kat park ni...rasa cam ngah wat survey utk psychopersonality lak. ngeee (><)

dh lebih 10 malam baru aku sampai umah, disambut oleh muka2 yg memandang aku dgn pandangan yg pelik dan beberapa suara sengau yg sumbang yg sempat telinga aku captured. lantak la korang....aku trs naik bilik, on henset. bedesup msg + misscalled yg masuk, nearly 50. haha. nasib la...then aku on lappy, trs tulis entry ni (my 1st enty) hehehe.

kalau korang nk kutuk pun kutuk la (sbb aku mmg selalu je kutuk2 blog korang kan!...ngeee). aku no hal...sempoi

jom mandi...pastu tido! nak? nak? nak?
wakakaka

nite alls